Aktiviti
RM33,000.00 DANA WAKAF TUNAI MALAYSIA (WAKAF KHAS MASJID) TELAH DISUMBANGKAN KEPADA MASJID QARYAH KAMPUNG RINCHING HULU
25-07-2021

Semenyih, 25 Julai 2021 - Kedatangan team Yayasan Waqaf Malaysia disambut mesra oleh beberapa AJK masjid. Istimewanya kali ini, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, turut turun padang bagi menyaksikan sendiri keadaan masjid serta menyampaikan sumbangan Wakaf Tunai Malaysia (Wakaf Khas Masjid) bernilai RM33,000.00 untuk tujuan membaikpulih bumbung masjid. Turut hadir sama, YBrs. Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM mengiringi ketibaan YB Menteri.

Masjid yang dibina pada tahun 1968 ini masih utuh berdiri, menjadi tempat masyarakat setempat untuk beribadah. Jika dahulu, masjid ini mampu memuatkan seramai 300 jemaah pada satu-satu masa. Lebih meriah lagi ketika Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, sampai ada yang solat di pintu masjid menunjukkan ramainya jemaah yang hadir. Namun yang menjadi kegusaran AJK masjid apabila sesalur bumbung di antara bangunan utama dengan bangunan tambahan masjid ini kerap tersumbat. Surat permohonan bantuan dana dari pihak Masjid telah dihantar ke YWM dan permohonan telah diluluskan.

Kami di Yayasan Waqaf Malaysia sentiasa telus dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh masyarakat kepada kami. Jom berwakaf di Yayasan Waqaf Malaysia atau mana-mana Majlis Agama Islam Negeri. Nak wakaf serendah RM1 pun boleh! Anda sumbang, kami agih!

Layari https://www.ywm.gov.my/wakaf-online atau salurkan terus ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia:

Public Islamic Bank Berhad (3996004900) atau,

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (1101685804)


Kongsi Kongsi