Taklimat Yayasan Waqaf Malaysia & Pembukaan Kaunter Wakaf Sempena Program Penghayatan Nilai Islam: Maal Hijrah Tahun 1446H Anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya
19-07-2024Putrajaya, 19 Julai 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima jemputan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya untuk penganjuran Program Penghayatan Nilai Islam: Maal Hijrah Tahun 1446H peringkat agensi. Menerusi program ini, Eksekutif Bahagian Pengurusan Dana YWM iaitu Encik Muhammad Muzzammil bin Mat Rodzi telah menyampaikan taklimat wakaf bertajuk "Jom BerWAKAF di Yayasan Waqaf Malaysia" dan YWM turut menaja slot ceramah agama yang disampaikan oleh YBrs. Ustaz Zul Ramli bin Mohamed Razali, Penceramah Selebriti.
Terima kasih kepada pihak JBPM atas jemputan penganjuran bersama dan tidak dilupakan kepada semua pewakaf yang telah berwakaf sama ada secara potongan gaji ataupun secara sekali beri (one-off) diprogram ini. Semoga kalian mendapat ganjaran pahala di dunia mahupun akhirat, insyaAllah.


TERKINI
Kongsi Kongsi