Majlis Penyerahan Sumbangan 30 Set Tilam dan Bantal oleh Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) kepada Hospital Cyberjaya (HCJ)
28-07-2023Cyberjaya, 28 Julai 2023 - Satu majlis ringkas bagi Penyerahan Sumbangan 30 Set Tilam & Bantal oleh YWM untuk kegunaan asrama kakitangan HCJ telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama HCJ. Simbolik penyerahan cek cura bernilai RM9,594.00 agihan Dana Skim CSR Prihatin YWM telah disampaikan oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM kepada YBrs. Dr. Shahabuddin bin Ibrahim, Pengarah HCJ.
Untuk makluman, HCJ yang dibina di atas tapak seluas 4.9 hektar ini baru sahaja mula beroperasi pada 11 November 2022 yang lalu dan mempunyai 763 kakitangan berdaftar. Pembukaan HCJ yang juga merupakan hospital pakar major dengan 14 disiplin kepakaran telah membantu mengurangkan kesesakan dan kadar penggunaan katil di hospital daerah berdekatan seperti di Hospital Serdang, Hospital Kajang dan Hospital Putrajaya. Malah turut juga menerima pesakit dari Banting.
Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat memberi keselesaan kepada para petugas kesihatan yang berkhidmat demi mencurah bakti kepada rakyat. Jom kita berwakaf agar lebih banyak manfaatnya dapat dinikmati oleh semua masyarakat



TERKINI
Kongsi Kongsi