Kakitangan Yayasan Waqaf Malaysia Hadir Ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M
05-09-2025Serdang, 5 September 2025 – Bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1447H / 2025 telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan semangat ukhwah.
Merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat mencemar duli ke program ini. YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, YB Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan YB Senator Dato' Setia Dr. Hj. Mohd. Na'im bin Hj. Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama pasangan masing-masing turut hadir sebagai simbol kepimpinan dan kebersamaan negara.
YWM yang turut serta di majlis ini telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. En. Abdul Halim bin Mat Yusop bersama hampir 40 orang warga kerja YWM dan subsidiari. Selain itu, YWM juga turut membuka kaunter wakaf untuk tetamu yang hadir.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Maulidur Rasul 1447H / 2025 di atas penghormatan kepada jasa dan sumbangan mereka kepada pembangunan syiar Islam. Semoga sambutan ini menjadi titik tolak untuk terus mendokong sunnah Rasulullah SAW, mempertingkat rahmah sesama insan, serta memperteguh azam membina negara yang adil, makmur, dan MADANI.






TERKINI

Kongsi Kongsi