Yayasan Waqaf Malaysia sertai Asia Economic Forum 2025
05-09-2025Singapura, 5 September 2025 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) amat berbesar hati dijemput untuk menyertai Asia Economic Forum (AEF) 2025 yang merupakan sebuah platform global yang menghimpunkan pakar-pakar ekonomi daripada pelbagai latar belakang. YWM telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Dr. Ridzwan Bakar bersama beberapa pegawai YWM. Program ini telah diadakan di Melati Hall, Sands Expo & Convention Cetre, Marina Bay Sands.
Forum yang berprestij ini telah dihadiri oleh kalangan pemikir global, pembuat dasar, dan pemimpin di industri. AEF 2025 kali ini membawa tema 'Building Future-Ready Enterprises for Sustainable Growth' yang membicarakan mengenai keterhubungan digital, transformasi ESG, kerjasama serantau, dan masa depan dunia pekerjaan yang lestari. AEF 2025 menjadi platform kepada idea, teori dan strategi yang realistik bagi mendorong kemajuan industri untuk masa depan yang lestari dan mapan.
Forum telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengerusi Enterprise Asia, YBhg Tan Sri Dr. Fong Chan Onn yang menyeru agar dunia industri berani menghadapi perubahan, mengintegrasikan ESG, serta melabur dalam pembangunan modal insan bagi memperkukuh daya tahan dan mencapai kemakmuran jangka panjang dan lestari.





TERKINI

Kongsi Kongsi