Sesi Taklimat Wakaf Sempena Ceramah Maulidur Rasul Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi
03-09-2025Putrajaya, 3 September 2025 - Bersempena dengan Program Ceramah Maulidur Rasul anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah dijemput untuk memberi penerangan mengenai wakaf. Sesi taklimat wakaf ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Muzzammil bin Mat Rodzi daripada Bahagian Pengurusan Dana YWM kepada warga kerja KPT yang meluangkan masa untuk hadir di Surau Ibadurrahman KPT.
Majlis kemudian diteruskan dengan ceramah utama bertajuk “Hijrah Rasulullah: Asas Perubahan Ummah” oleh Al-Fadil Ustaz Mohd Ariffin bin Ramdzan, Naqib/ Ketua Imam Masjid Az-Zubair Ibnul Awwam Cheras yang turut mengaitkan kisah sirah Nabi dengan amalan wakaf yang penuh hikmah.
Sepanjang program ini kaunter wakaf YWM turut dibuka kepada warga KPT yang mengambil peluang untuk berwakaf secara potongan gaji dan one-off. Alhamdulillah, sambutan daripada warga KPT amat menggalakkan. Terima kasih kepada yang telah berwakaf.
YWM percaya program sebegini mampu membuka ruang kepada lebih banyak kerjasama strategik bersama agensi kerajaan, demi memperkasa budaya wakaf dalam kalangan masyarakat Malaysia Madani.





TERKINI

Kongsi Kongsi