Pertemuan antara YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Menteri Luar Republik Senegal
11-08-2025Kuala Lumpur, 11 Ogos 2025 - YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengadakan pertemuan bersama Her Excellency Yassine Fall, Menteri Luar Negeri Senegal bersempena lawatan beliau ke Malaysia pada 10 hingga 12 Ogos 2025. Pertemuan ini menjadi platform penting untuk membincangkan hala tuju strategik dalam memperkukuh kerjasama di peringkat antarabangsa. Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) diwakili oleh Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bersama Cik Wan Syazana Akmal binti Wan Roslan, Penasihat Undang-Undang.
Antara agenda utama mengenai wakaf yang dibincangkan adalah persediaan dan langkah seterusnya bagi memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) wakaf antara High Authority of Waqf Senegal dan YWM. Kerjasama ini dijangka membuka ruang baharu dalam memanfaatkan instrumen wakaf untuk pembangunan sosioekonomi umat Islam secara global.

TERKINI
Kongsi Kongsi