Aktiviti
Pembukaan Kaunter Perkhidmatan Yayasan Waqaf Malaysia Sempena Program Madani Rakyat Tahun 2025 Kelantan
09-08-2025

Kota Bharu, 9 Ogos 2025 – Sempena Program Madani Rakyat (PMR) Tahun 2025 Kelantan, Yayasan Waqaf Malaysia bersama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad telah dijemput oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Unit Komunikasi Korporat untuk hadir sebagai pempamer di reruai JPM. Program yang diadakan selama tiga hari ini di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV telah menerima kunjungan melebihi sasaran yang dijangkakan iaitu 25,000 orang. Penganjur bersama PMR 2025 Kelantan ialah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM manakala Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.

Bersama 21 reruai dari pelbagai kementerian, agensi dan pejabat setiausaha kerajaan negeri, YWM telah menawarkan perkhidmatan seperti konsultansi wakaf, kaunter wakaf tunai, semakan resit / penyata, permainan kuiz dan cabutan pewakaf bertuah. YWM juga berbesar hati telah menerima lawatan daripada YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di JPM dan YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI ke kaunter YWM bagi sesi beramah mesra dan mendapatkan perkembangan terkini mengenai aktiviti dan program di YWM.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga Kelantan dan masyarakat disekitarnya, kesempatan ini amat bermakna buat YWM untuk berkongsi cerita dan manfaat wakaf dengan semua.


Kongsi Kongsi