Aktiviti
Persidangan Meja Bulat Semakan Pelaporan Separuh Penggal Pelan Perniagaan Yayasan Waqaf Malaysia dan Subsidiari Tahun 2025
15-07-2025

Genting Highland, 15 Julai 2025 - Telah berlangsung Persidangan Meja Bulat Semakan Pelaporan Separuh Penggal Pelan Perniagaan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Subsidiari Tahun 2025 pada 13 hingga 15 Julai 2025 bertempat di Resort World Awana.

Program yang diatur oleh Bahagian Dasar dan Pembangunan YWM ini bertujuan untuk membuat penilaian dan semakan kemajuan semasa Pelan Perniagaan YWM dan Subsidiari yang telah ditetapkan bagi tahun 2025 serta menyelaras pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama YWM berpandukan dasar-dasar semasa termasuk program/aktiviti pembangunan wakaf terutamanya memfokuskan kepada Projek Wakaf Ekonomi bagi menjana pendapatan yang mampan dan lestari.

Usaha ini juga selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan wakaf sebagai instrumen kewangan utama dengan visi wakaf menyumbang 10% kepada Sosial Kewangan Islam menjelang tahun 2030.

Sesi ini diketuai oleh YBrs. Dr Ridzwan bin Bakar bersama YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop selaku Pengurusan Tertinggi YWM yang memandu hala tuju perbincangan agar matlamat setiap strategi dan impak yang digariskan dapat dicapai. Ribuan penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat dan menyumbang buah fikiran dalam setiap sesi perbincangan yang telah ditetapkan.


Kongsi Kongsi