Aktiviti
Program CSR Yayasan Waqaf Malaysia: Projek Lukisan Mural Di SK Jalan Raja Muda
12-07-2025

Kuala Lumpur, 12 Julai 2025 - Sempena Program Gotong-Royong anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Jalan Raja Muda, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan berbesar hati telah menyertai usaha menceriakan persekitaran sekolah melalui aktiviti lukisan mural. Pada tahun lalu, semasa Program Santuni Komuniti MADANI Peringkat Kampung Angkat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Kampong Bharu, YWM juga pernah melukis mural di salah sebuah dinding sekolah ini.

Aktiviti lukisan mural ini merupakan antara usaha YWM untuk menyantuni warga pendidik dan pelajar dengan mewujudkan suasana sekolah yang ceria, kondusif dan penuh inspirasi. Diharapkan suasana yang lebih menarik ini mampu menyuntik semangat serta motivasi kepada para pelajar agar lebih bersemangat hadir ke sekolah setiap hari.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak sekolah, barisan guru, PIBG, ibu bapa serta para pelajar atas sambutan mesra dan kerjasama yang diberikan sepanjang program ini berlangsung.


Kongsi Kongsi