Aktiviti
Dana Wakaf Diagihkan Ke Surau Al-Falah, Kampung Sentosa Blok B, Paroi
02-07-2025

Putrajaya, 2 Julai 2025 - Sekitar bulan Mac 2025 yang lalu, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima permohonan daripada Timbalan Pengerusi Surau Al Falah bagi mendapatkan sumbangan dana untuk membaik pulih dan menukar karpet lama surau yang telah berusia 10 tahun.

Walaupun pihak surau menganjurkan kutipan sumbangan melalui tabung jemaah, namun jumlah tersebut tidak mencukupi berikutan kekangan kos bagi menampung perbelanjaan penukaran karpet yang agak tinggi.

Prihatin dengan keperluan ini, YWM melalui Jawatankuasa Pengagihan telah meluluskan sumbangan RM15,400.00 bagi membantu pemasangan karpet baharu demi keselesaan jemaah dan suasana ibadah yang lebih selesa serta kondusif. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab pahala berpanjangan untuk pewakaf dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.


Kongsi Kongsi