Aktiviti
Forum Perdana Hal Ehwal Islam - "Anak Online, Mak Ayah Offline"
15-05-2025

Langkawi, 15 Mei 2025 – YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia turut hadir bersama YB Senator Dato' Setia Dr Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang berlangsung di Masjid Aishah, Langkawi.

Topik perbincangan malam ini, "Anak Online, Mak Ayah Offline" dan telah dikupas oleh tiga orang panelis tersohor tanah air iaitu, Ustaz Wadi Annuar, Ustaz Zul Ramli M. Razali dan Dr. Robiah K. Hamzah serta moderator, Ustaz Nabil Ahmad.

Satu forum yang membuka mata tentang cabaran dunia digital terhadap institusi kekeluargaan dan satu peringatan lembut buat para ibu bapa untuk kembali ‘online’ dalam kehidupan anak-anak.

"Wakaf Membangun Malaysia MADANI"


Kongsi Kongsi