Aktiviti
Seminar Pembudayaan Wakaf Bersama Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (Bakit) Melaka dan Pembukaan Kaunter Wakaf Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)
19-02-2025

Ayer Keroh, 19 Februari 2025 – YWM telah menganjurkan ceramah wakaf sempena Seminar Pembudayaan Wakaf dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka yang disampaikan oleh Ustaz Yaakub Yusra yang bertajuk "Istimewa Ramadan Dengan Berwakaf" di Menara TM Melaka.

Sementara itu, sesi penerangan mengenai pengurusan wakaf YWM telah disampaikan oleh Cik Haidatul Azia binti Husin, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat YWM.

Di dalam majlis yang sama, YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM turut menyampaikan cek cura sumbangan bernilai RM55,792.00 kepada BAKIT Melaka bagi tujuan penyediaan Jam Malaysia Standard Time (MST).

Terima kasih diucapkan kepada pihak BAKIT Melaka atas jemputan penganjuran program ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pewakaf yang telah berwakaf sama ada secara potongan gaji ataupun secara sekali beri (one-off). Semoga anda semua mendapat ganjaran pahala di dunia mahupun akhirat, insya-Allah.


Kongsi Kongsi