Aktiviti
Kunjungan Hormat Yayasan Waqaf Malaysia Ke Jabatan Warisan Negara
10-04-2025

Kuala Lumpur, 10 April 2025 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Warisan Negara (JWN) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua agensi serta meneroka potensi kerjasama dalam pemeliharaan dan pemuliharaan warisan negara melalui instrumen wakaf.

Delegasi YWM yang diketuai oleh YBrs Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah disambut mesra oleh YBrs. Encik Mohamad Muda bin Bahadin, Ketua Pengarah JWN. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah cadangan mewujudkan projek khas yang dinamakan sebagai “Waqf Heritage”. Inisiatif ini bermatlamat bagi pembiayaan projek-projek pemuliharaan tapak warisan dan bangunan bersejarah, serta kerjasama dalam memperkasakan kesedaran masyarakat terhadap nilai warisan melalui program wakaf.

YWM amat menghargai kesediaan pihak JWN dalam menerima kunjungan ini dan berharap kerjasama yang dibincangkan akan membuahkan hasil yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

"Wakaf Membangun Malaysia MADANI"


Kongsi Kongsi