Forum Perdana ‘Senjata Ekonomi Ummah: Projek Hassan’
24-04-2025Alor Setar, 24 April 2025 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) amat berbesar hati apabila YBrs. Dr Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM dijemput sebagai panel Forum Perdana Ehwal Islam yang bertajuk "Senjata Ekonomi Ummah: Projek Hassan".
Forum ini turut menampilkan YBhg. Dato' Syeikh Zakaria bin Othman, CEO Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan YBhg. Dato’ Badlishah Alauddin (Timbalan Mufti Negeri Pahang) sebagai panelis, dengan kehadiran tetamu kehormat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah. Turut berangkat, YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Forum ini membuka ruang perbincangan tentang potensi besar Projek Hassan sebagai pemacu transformasi ekonomi melalui instrumen wakaf iaitu satu langkah strategik dalam memperkasa ekonomi umat Islam.
Kami percaya, Projek Hassan bukan sekadar nama, tapi simbol kekuatan baru untuk masa depan ekonomi ummah.
Dr. Ridzwan berpesan, "Nak majukan wakaf, perlu ada JITUF. Jujur, Integriti, Telus, Ummatic, Fulus!".
Terima kasih atas sokongan semua. Ini baru permulaan!



TERKINI

Ke Arah Penubuhan Permodalan Wakaf Berhad
29-04-2025Kongsi Kongsi