Special Insight Session On Remisiers as Active Enablers for Social Impact Investing through Waqf - Featured Exchanged - Traded Fund
29-04-2025Kuala Lumpur, 29 April 2025 – Bersempena pelancaran Waqf ETF pada 10 Disember 2024 yang lalu, Bursa Malaysia bersama Eq8 Capital Sdn. Bhd. telah menganjurkan pertemuan bersama para remisiers bagi sesi perkongsian mengenai dana dagangan bursa (ETF) berciri wakaf pertama di dunia ini. Wakil daripada YWM dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji juga turut dijemput untuk menghadiri sesi khas tersebut yang berlangsung di Bilik Persidangan Bursa Malaysia.
Waqf ETF merupakan produk kerjasama antara YWM & Eq8 Capital Sdn. Bhd. (anak syarikat milik penuh Kenanga Investors Bhd). Waqf ETF merupakan produk pelaburan Dana Unit Amanah Islamik dengan elemen wakaf, di mana 50% daripada pendapatan yang dijana daripada pelaburan tersebut akan disumbangkan oleh pelabur sebagai wakaf dan baki 50% akan disalurkan kepada pelabur sebagai keuntungan pelaburan. Setiap dana wakaf yang diterima oleh YWM akan diagihkan dalam pelbagai sektor seperti kesihatan, pendidikan, sekuriti makanan dan tenaga hijau.
Semoga melalui usaha seumpama ini menjadi permulaan yang membuahkan hasil dan membuka lebih banyak peluang untuk memperkasa sosioekonomi ummah melalui instrumen wakaf global yang lebih dinamik dan berdaya saing.
Kredit foto: Bursa Malaysia



TERKINI
Kongsi Kongsi