Keterangan : |
Pelaksanaan kerjasama strategik Wakaf Tunai Perkhidmatan Hutan Malaysia YWM-NRES (“Wakaf Hutan”) ini adalah berdasarkan konsep kerjasama Wakaf Tunai Perkhidmatan Air (“Wakaf Air”) yang berasaskan kepada skim Wakaf Tunai Malaysia (WTM) sedia ada bagi membiayai projek wakaf perkhidmatan hutan yang dikenalpasti. Sebahagian Dana Pokok akan dilaburkan dalam pelaburan patuh syariah dan hasil pelaburan yang dikategorikan sebagai Dana Manfaat Wakaf diagihkan kepada sektor agihan yang disasarkan. |
Keterangan : |
Tabung Dana Wakaf Tunai (TDWT) Perkhidmatan Hutan Malaysia YWM-NRES bertujuan untuk mengumpul kutipan dana wakaf yang diterima daripada pihak-pihak yang berwakaf untuk membiayai projek perkhidmatan hutan (aset projek perkhidmatan hutan sebagai ‘ayn wakaf’). |