Keterangan : |
Tabung Kutipan Dana Wakaf Projek Hassan (Ekosistem Smart Sawah) merupakan projek melalui kerjasama antara Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Projek Hassan ini ditubuhkan adalah selaras dengan polisi Kerajaan Malaysia berkaitan sekuriti makanan, iaitu peningkatan pengeluaran makanan domestik melalui sokongan dalam bentuk insentif, bantuan kewangan kepada petani dan pengusaha pertanian serta pembangunan infrastruktur yang diperlukan seperti kilang, pasar, gudang, dan sistem logistik yang lebih cekap. |
Keterangan : |
Wakaf ini bertujuan untuk membiaya aset-aset berkaitan Projek Hassan khususnya pembangunan kilang padi wakaf bagi mempertingkatkan kapasiti pengeluaran beras. |